Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh

Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya menjadi lebih baik dari hari semalam dan semoga Allah swt mengurniakan kita kesihatan dan dipermudahkan segala urusan kita.Aamiin…ya Robbal’alamiin…

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Bisikan Hati

~Bisikan Hati~

Dalam mimpi kita bertemu
menjengah kasih lama ditunggu
sesedar darinya sesak nafas ku
apakah iblis beserta ku

Nafas kencang membenam dada
termengu aku dalam kegusaran
berbisik hati kalimah Tuhan
berperang aku mengharap ketenangan

Selimut malam melabuh keasyikan
biarkan jiwa dihimpit keresahan
mata menatap kalbu membisikan
”apakah jentayu tidak lagi menunggu hujan?”

Aku melangkah memujuk diri
dalam sujud menghadap Ilahi
mengharap belas kasih Nya
agar jiwa yang kering segera dibasahi.

19November 2011
Yishun Avenue 4

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Bulan Yang merindu

~Bulan yang Merindu~

Malam berlalu silih berganti
kau yang biasa tempat ini
tiada lagi menyinari
apakah hujan menghalangi
atau langit suram membaluti

Menantikan cahayamu meresahkan
dari musim bunga berkembang
Sehingga layu kebumi
Sinar mentari menjadi pagar
pada bulan yang merindu

dalam pencarian mengharapkan
agar kembali berkelipan
tanpa mendung dan hujan
penghalang kerinduan

06 February 2013
Yishun Avenue 4

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Jiwa Kealpaan

~Jiwa Kealpaan~

Suapan demi suapan
kau kunyah
kau telan
perutmu penuh sarat
sepi dengan kesyukuran
tika menjeluak kekenyangan

Jiwa dibungkus keegoan
menikmati kurniaan-Nya
tanpa sekelumit segan
terpalit didinding perasaan

Engkau terlalu asyik
lalai dengan kelazatan
kurniaan tuhan
katakanlah dengan Bismillah
katakanlah dengan Alhamdulillah
Subhanallah besarnya nikmat Allah

Apakah aku yang tersilap
atau hanya suatu tanggapan
tidak keterlanjuran
ampunkan aku,Tuhan…

02 February 2013
Yishun Avenue 4

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Menanti Kunjungan Kasih

~Menanti Kunjungan Kasih~

Layu kasih di kolam hati
bilakah akan subur kembali
curahan kasih telah disirami
namun masih tetap menyepi

biar sampai berabad
tetap menanti
kusedari
padamu ada syurga

meskipun tiada lagi mesra
kesucian cinta tiada dinoda
semakin menebal tabahnya
pohon pinta subur kasihnya

dikeheningan subuh
ada Kalam-Mu
ada Kalimah-MU, kuhayati
tenang,meresap sukma

kekasih…
tiada keabadianmu
hidup dan mati bukan milik kita

kekasih…
datanglah tika ini
sebelum lenaku berpanjangan.

18 December 2011
Yishun Avenue 4

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Siapakah Empunya Suara

~Siapakah Empunya Suara~

Bisikan menyergah asyiknya lena
gelombang debar menghempas rongga dada
remang liang roma selubungi anggota
ketakutan menyerang ganas sukma

Siapakah empunya suara
berbisik desak bicaranya
“bangkitlah segera
bantuanmu didamba
diluar sana”

Desir angin mengibar tirai jendela
sinar mentari tersenyum mesra
tanda siang hadirkan dirinya
dengan bingkas kuterjaga
mengikut gerak kaki melangkah

Nun disuatu persimpangan
kelihatan dari kejauhan
sesusuk tubuh lemah dibahu jalan
berkerusi roda putih berpakaian
sendirian kemanakah gerangan

Terimbas kembali suara bisikan
inikah bantuan dambaan insan
berlegar soalan dikotak fikiran
ihsan atas makhluk kutunaikan

Langkah kaki kupanjangkan
kuhampiri salam kuhulurkan
sayu wajahnya lirih senyuman
salam disambut penuh keikhlasan

seiring bicaranya Istigfar kuberkali
kata-kata mengundang duka dihati
ku hormati kubawa jua pergi
kerumah tumpangan pinta diri

tatkala alunan azan bergema
insan ghaib diiringi haruman bunga
misteri kehilangannya tercipta
kerusi roda terdampar saksi nyata

Wallahuaklam Bissawab

20 January 2013
Yishun Avenue 4

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Mutiara Kata Pencetus Minda

* Sebenarnya seorang sasterawan dengan seorang manusia lain itu tidak ada bezanya.Cuma kelebihan seorang sasterawan ialah,ia dapat merasakan lebih dalam lagi akan sesuatu dan dapat pula melahirkan kembali…A.Samad Said

* Sasterawan tidak hanya menggunakan kertas dan pena untuk menyuarakan sikap atau pemikirannya saja,tetapi seharusnya peka terhadap perubahan dan kecenderungan semasa dan secara aktif terlibat dalam kegiatan masyarakat…Tun Dr.Mahathir Mohd

*
Tanggungjawab penulis ialah memastikan bahawa karya yang dihasilkan itu mesti memperindah lagi dunia ciptaan Tuhan,bukan memusnahkan…. A.Wahab Ali

* Jika hasil tulisan kita menimbulkan kecelakaan kepada manusia dan mengarah manusia kepada jalan yang bengkok,maka ganjaran kita ialah neraka jahanam...A.Wahab Ali

* Kebagusan sesebuah karya sastera ialah sejauh mana karya itu dapat memeriahkan pemberian Tuhan dan karya itu secara halus dan perlu berseni

memandu manusia dan mengangkat darjat manusia kearah kebaikan menurut nilai-nilai islam...A.Wahab Ali


* Tujuan akhir puisi ialah falsafah yang lahir dengan indah dan bagusnya...A. Wahab Ali

* Pembacaan dapat membantu kita melukiskan sesuatu perkara itu dengan tepat dan berkesan…Abd.Talib Hassan

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Ternoktah sudah


Ternoktah Sudah

Berkali-kali dia singkap kesalahan
ternyata bukan nafsu keinginan
tetapi suatu tradisi diterapkan
lupa akan akibat dan kesan

Hutang melingkari sepanjang kehidupan
berterusan hingga bertali ketagihan
tiada garis penamat menghentikan
tercerutlah diri kesempitan

Keburukan sikap kau noktahkan
sulaman kusut kau leraikan
anggapan mu suatu pengkhianatan
kini dia kau singkirkan

Hilang kasih dikolam hati
iman nakhoda goyah kini
membiarkan bahtera menyepi
namun tiada pernah dia lari
kerana dia masih seorang isteri

Walau kepahitan dirasakan
cinta tetap dia perkukuhkan
mahligai dia pertahankan
demi permata penyambung warisan


(Berita Minggu 29 Mac 2009)


Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kehadiran Senja

 
 
 
Kehadiran Senja
********
 
Kehadiran senja kembalikan nostalgia
ketika remaja bersama rakan sebaya
bermain dan berbual mesra
ikatan bagaikan keluarga
hidup mengais saban masa
bukan masalah
kebahagiaan amat terasa
dikampung nan indah
 
Kehadiran senja rezki terbuka
dikaki lima peniaga berjaja
walaupun lelah senyum melebar
kerana untung melimpah
 
Dikehadiran senja juga
kepanggung wayang
mereka melangkah
untuk santapan mata
dan berihat seketika
berbekal kacang putih
dan coca-cola
 
Perubahan semasa
ditempuh semua
keindahan senja
berlalu begitu saja
yang tinggal hanya
kenangan mengusik jiwa
 
**********
 
(Berita Harian 12 Jun 2007)
Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen